Assalam brooooo..haaaa ni style rambut terkini.Haa
ni list style rambut yg aku ckp.
1.Under Cut.
Kalau nak buat gaya rambut ini kena make sure rambut korang jenis ikal & lurus sebab kena simpan rambut panjang di bahagian tengah. Rambut kerinting jangan berangan la okey hihi. For sure kena gunakan wax atau produk rambut yang boleh membuatkan gaya rambut korang tahan lama.
2.Buzzed Skin Fades.
As for me yang seorang yang kurus keding ini memang tak sesuai langsung nak buat style botak macam gini. Nightmare rasa kalau rambut aku digayakan seperti ini. Oh tidak haha. Gunting rambut no 2 atau 3 pun should be okey dah okey. Then simpan jambang sini. Dah jadi macam retis Sharnaaz Ahmad la pulak kan. \0/
![[fesyen%2520rambut%2520lelaki%2520terbaru%25202016_1%255B5%255D.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWbnUT7dNCCVZMRu9hokdF0FUC9IkEurBQm6vTRVYs-45eyKFMBYdltbnRm8Uzmh89kKkKvyam2VPJPzoiholNyE1vLEpTFKQ2es0S9sepy64vBNdvw0rmxhjvmcH9tAk1HWlXNC3JOOc/s1600/fesyen%252520rambut%252520lelaki%252520terbaru%2525202016_1%25255B5%25255D.jpg)
3.Business Savy.
Bagi mereka yang bekerja di sektor awam atau dunia korporat etc, haruslah menggayakan rambut dengan kemas seperti gambar di atas. Kasi trim bahagian tepi rambut biar nampak kemas dan bahagian tengah tidak terlalu panjang.
![[fesyen%2520rambut%2520lelaki%25202016%255B5%255D.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHRycHH7xB2QZsPx8P0nuIvp23e22GKI-VpTnLzO5T-lgIJrtW3WH7FiURrzBN1kTk8vdHcuvSVA81E1lJEXWsV6G30LKnAz0k1-FyDJ_POO2wQLaoxlOOEFHd4Q5HKga46p7mDHp_CR0/s1600/fesyen%252520rambut%252520lelaki%2525202016%25255B5%25255D.jpg)
4.Modern Side Part.
Gaya rambut side part yang dimodenkan. Aku pun suka buat gaya rambut side part tapi takdelah sampai cukur bahagian tengah rambut. Biasa akan suruh barber gunting pendek rapat sampai atas. Gaya modern side part semestinya masih popular pada tahun 2016 ini.
5.Pompadour
Rambut banyak di bahagian tengah dan di bahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah di sikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan. Juga menjadi ikutan di kalangan artis.

6.Side Part
Gaya klasik dan konservatif. Rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut disikat belah tepi.
7.Modern Fringe
Bahagian tepi rambut di potong pendek dan nipis tapi tak menampakkan kulit kepala. Rambut di bahagian depan mengunjur menutup dahi. Rambut bahagian atas di biarkan tebal sama ada di sikat secara lurus ke belakang atau di biarkan beralun.
8.Fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi di potong pendek dan nipis
9.Top Knot
Kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi di potong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah di biarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan di ikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
10.Messy
Dengan rambut ala ala serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini di katakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita. tetapi jangan salah percaturan, nanti kelihatan seperti seorang yang tidak terurus.